LADANG TERNAK USAHA WARISAN
Sunday, April 21, 2013
Sunday, December 12, 2010
JAMNAPARI
JAMNAPARI? Kambing apa tu?
Soalan yang agak lazim apabila diaju persoalan mengenai spises kambing yang kami ternak.
Jamnapari atau "Jamunapari" adalah spises baka kambing berasal dari India dan Bangladesh. Sejak tahun 50an lagi, kambing Jamnapari telah diekspot ke Indonesia (lebih popular dengan nama Etawa). Ia diternak untuk hasil susu dan daging. Istilah Jamnapari adalah dari nama sebatang sungai di Uttar Pradesh, India yang bergelar Sungai Jamna Par. Senang je nak bagi nama, ikut nama sungai je.
KAREKTOR FIZIKAL
Terdapat variasi dari segi warna, tapi kebiasaannya putih dengan tompok coklat muda di bahagian tengkok dan kepala. Kepalanya agak pipih, berhidung mancung. Macam burung kakak tua. Rahang bawahnya yang melebihi rahang atas menampakkan sedikit kemanjaan. Lebih menjuih rahang bawahnya, lebih pure bakanya. Jamnapari adalah spises kambing yang bertelinga lebar menggelebeh ke bawah, sehingga 250 sentimeter panjang.
Jamnapari jantan boleh mencapai berat sehingga 120 kg, manakala betina pula sehingga 90 kg. Pada umur 6 bulan, saiz badannya lebih kurang sama dengan saiz kambing kampung 1.5 ke 2 tahun. Jamnapari jantan berumur 2 tahun boleh mencapai saiz seperti anak lembu. Oleh itu, agak kurang sesuai untuk dibuat akikah atau korban. Mahal....
Secara purata pengeluaran susu sehari setiap ekor betina adalah lebih kurang 2 kg. Daging Jamnapari pula dikatakan berkolesterol rendah.
Thursday, December 9, 2010
MENJUAL BAKA JAMNAPARI
Baka Jamnapari untuk dijual. Pejantan berumur 1 tahun hingga 2 tahun. RM1,500 seekor.
Sila hubungi : 012 - 674 7021 Zaidi, Bukit Kapar, Meru, Klang.
Sila hubungi : 012 - 674 7021 Zaidi, Bukit Kapar, Meru, Klang.
Subscribe to:
Posts (Atom)